/
Garam Bukit HPA (Halagel) adalah garam yang berasal dari kawasan Gunung  Himalaya dan berada dalam bentuk asalnya. Ia adalah garam organik yang  paling tulen, berkhasiat, paling bersih dan mempunyai struktur geometrik  kristal yang amat sempurna.
Suatu ketika dahulu garam bukit dikenali sebagai 
"Raja Garam atau emas  putih" kerana ia hanya dihidangkan kepada golongan diraja sahaja. Elemen  garam yang amat kecil memudahkan sel badan kita untuk menyerap  unsurnya. Ia tidak cerna dalam badan malah ia tidak mengandungi kalori  merbahaya.
Garam bukit Hpa mengandungi 84 elemen semulajadi yang diperlukan oleh  badan kita. Sebaliknya garam biasa (dari laut) selepas proses  pembersihan hanya mengandungi natrium klorida dan bahan tambahan (bahan  awet).
Garam bukit Hpa dihasilkan secara semulajadi selama jutaan tahun dapat  membebaskan tenaga didalam badan kita dan dapat menyeimbangkan kadar  metabolisma tubuh. Sedangkan garam laut yang melalui proses kimia bukan  dihasilkan secara semulajadi akan bertindak sebagai racun dimana tubuh  sendiri cuba menyingkirkannya secepat mungkin untuk melindungi dirinya.  Ini menyebabkan bebanan mendadak pada tubuh kita untuk menyingkirkan  garam laut yang kaya dengan Natrium Klorida terutama pada organ  penyingkiran seperti ginjal.
Sekiranya kandungan Natrium Klorida terlalu tinggi dan badan gagal  menyingkirkannya, pengkristalan semula berlaku dimana badan akan  menggunakan proten lemak haiwan yang tidak dicernakan untuk membentuk  asid urik supaya dapat menghindarkan garam.
Oleh kerana badan tidak dapat membuang asid urid, asid urik akan  mengikat dirinya dengan natrium klorida untuk membentuk kristal baru dan  menempatkan dirinya terus kedalam sendi tulang dan berlakunya sakit  sendi (arthritis) atau Ghout.
Oleh itu selamatkanlah diri dan keluarga anda dengan menggunakan garam  bukit HPA yang semulajadi tanpa bahan tambahan dan pewarna. 100% Asli.
Mengandungi 84 “ natural” elemen yang diperlukan oleh tubuh badan  manusia. Antaranya:
hydrogen,lithium,beryllium,boron,carbon,nitrogen,oxygen,fluoride,sodium,magnesium,aluminum,silicum,phosphorus,sulfur,chloride,calcium,scandium,titanium,vanadium,chromium,manganese,iron,cobalt,nickel,copper,zinc,gallium,germanium,arsenic,selenium,bromine,rubidium,strontium,yttrium,zirconium,niobium,molybdenum,ruthenium,rhodium,palladium,silver,cadmium,indium,tin,antimony,tellurium,iodine,cesium,barium,lanthanum,cerium,praseodymium,samarium,europium,gadolinium,terbium,dysprosium,holmium,erbium,thulium,ytterbium,lutetium,hafnium,tantalum,fungsten,rhenium.Osmium,iridium,platinum,gold,mercury,thallium,lead,bismuth,polonium,astatine,francium,radium,actinium,thorium,protactinium,uranium,neptunium  dan plutonium.
Garam dan aktiviti otak.Malah proses yang paling mudah dalam badan kita memerlukan garam atau  unsur semulajadinya yang berbentuk ion. Sebagai contoh adalah tugas  sistem saraf kita untuk menghantar rangsangan yang telah direkod melalui  deria input ke otak kita . Dan kemudiannya menghantar maklumat ini  kembali kepada otot untuk bertindak balas mengikut rangsangan yang  berlaku .
Muncul potensi elektrik berlaku pada dinding membran sel apabila ion caj  potassium yang positif meninggalkan sel dan kerana saiznya yang besar  juga ion caj sodium yang positif tidak dapat memasukinya . Bahagian  luaran menjadi caj positif dan bahagian dalaman menjadi caj negatif .  Apabila sistem saraf menerima rangsangan membrannya tiba-tiba menjadi  polar bertentangan dan akibatnya telah diresapi oleh ion sodium .
Dalam masa 1 /1000 saat , potensi elektrik berubah dan dibebaskan ,  dengan setiap denyutan saraf , 90 mill volt tenaga terhasil. Rangsangan  yang diterima kini bertukar menjadi fikiran dan perbuatan . Tanpa unsur  potassium dan sodium dalam garam, proses ini mustahil berlaku . Apalagi  untuk berfikir , apalagi untuk bertindak juga mustahil tanpa kehadiran  unsur berkenaan.
Tindakan minum segelas air , memerlukan berjuta-juta arahan yang berlaku  melalui dorongan . Pada mulanya hanyalah fikir nak minum . Fikiran itu  bukan apa-apa tapi adalah frekuensi elektromagnet . Garam  bertanggungjawab untuk membolehkan frekuensi itu ditukarkan menjadi  arahan kepada otot dan organ .
Beza Garam biasa dan garam bukit.Sebagaimana biasanya kegunaan garam didapur , begitulah juga hubungan  jumlah penyakit dengan garam harian . Hidup adalah mustahil tanpa garam.  Tetapi penggunaan garam boleh membunuh kita . Mengapa begitu??? Ini  kerana garam biasa kita tidak mengandungi apa-apa yang sama dengan garam  kristal yang sedang kita perkatakan di sini. Garam pada hari ini  bukanlah garam biasa tetapi sodium klorida .
Garam asli sepatutnya terdiri daripada bukan hanya dua tetapi lengkap  dengan semua unsur semulajadinya . Ini ada persamaan dengan unsur yang  dibina oleh badan kita dan semulajadinya ditemui wujud dari " laut  dahulukala " dimana semua hidupan bermula.
Yang menariknya , darah kita berbentuk sole , mengandungi sama larutan  garam sebagaimana laut dahulukala iaitu cecair terdiri dari air dan  garam. Nisbahnya kepekatannya sama , sebagaimana wujud berakhirnya hidup  laut dahulukala . Sole ini mengalir menerusi lebih dari 56,000 batu  aliran air dan salur darah menerusi hidupan kita dengan desakan graviti ,  terapung , mengawal dan mengimbang tugas dalam badan kita.
Bagaimana Garam membebankan tubuh anda.Badan kita memerlukan 0.007 auns garam sehari . Sebahagian daripada kita  mengalami kekurangan garam, walaupun kita terlebih penuh dengan sodium  klorida. Apabila penggunaan garam kita kurang dari 0.007 auns sehari ,  berlaku ketagihan garam. Mengikut purata perkapita penggunaan garam  harian di US adalah antara 0.4 hingga 0.7 auns. Walau bagaimanapun ,  badan kita hanya mampu mengumuhkan 0.17 auns hingga 0.25 auns sehari  menerusi buah pinggang bergantung kepada umur , resam badan dan jantina.
Badan mengenalpasti garam biasa sebagai racun bersel dan bukan bahan  semulajadi dan mahu memusnahkannya secepat mungkin untuk melindungi  dirinya. Ini menyebabkan bebanan mendadak pada tubuh kita untuk  berkumuh. Dalam hampir semua produk pengawetan, garam digunakan sebagai  salah satu proses mengawet. Jadi dengan menambah garam pada bahan yang  sedia awet, badan menerima lebih garam dari jumlah yang sepatutnya  dikumuhkan.
Kesan penggunaan garam biasa.Kesan menggunakan garam biasa telah membentuk keasidan edema yang tinggi  atau lebihan cecair dalam tisu badan punca penyebab terjadinya selulit.  Sebab itulah doktor melarang kita mengambil garam lebih. Untuk setiap  .035 auns sodium klorida yang tidak boleh dimusnahkan oleh badan  menggunakan 23 kali ganda jumlah sel airnya untuk meneutralkan garam  itu.
Kalau kandungan masih terlalu tinggi pengkristalan semula berlaku semasa  badan menggunakan semula protin lemak haiwan yang tidak dicernakan (  non-degradable ) biasanya terdapat dalam susu ) yang juga tidak berguna  dan tidak dapat dilupus atau dimusnahkan . Protin inilah yang digunakan  oleh badan untuk untuk membentuk asid urik untuk menghindarkan lebihan  garam. Oleh kerana badan tidak dapat membuang asid urik , ia telah  mengikat dirinya dengan sodium klorida untuk membentuk kristal baru dan  menempatkan dirinya terus ke dalam sendi tulang .
Inilah yang menimbulkan pelbagai jenis penyakit Artritis , gout ( sengal  tulang ) , karang buah pinggang dan pundi hempedu ( gall bladder ) .  Pengkristalan ini merupakan jalan penyudah keselamatan untuk sel badan  dan organ bagi melindungi badan dari mengalami kerosakan mahupun  keracunan akibat pengambilan makanan yang tidak betul. Dalam jangka masa  panjang ia meracuni sistem badan kerana bahan berkenaan tidak dapat  dikumuhkan.
Garam dan Sunnah.Amalan Rasulullah S.A.W memakan secubit garam sebelum dan selepas makan  kini dibuktikan oleh sains bahawa tabiat ini menambahkan keberkesanan  perut untuk menghadam makanan dan menghindarkan perut dari menyerap  racun.
Pada zaman Yunani, Tentera Yunani ( askar Greek ) dibayar gaji  menggunakan garam .Begitu juga dengan episod penjajahan negara kecil  oleh negara besar dengan mengenakan hukuman penjara kepada penentang  mereka .Apabila dipenjarakan, mereka ( penentang ) akan diberi makanan  seperti roti dan air tanpa garam .Walaupun kerap dihidangkan dengan roti  dan air tanpa garam, badan mereka tetap lemah memandangkan kurangnya  kandungan garam dalam badan.
SUNNAH-SUNNAH BERKAITAN GARAMDari  Abdullah Bin Umar
" Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat perkara berkat ( mempunyai  kebaikan ) dari langit ( menerusi hujan ) ke bumi iaitu beis, api ,air  dan garam"Hadis Riwayat Al-Baghawiy dalam tafsirnya .
Dari Anas Bin Malik, nabi bersabda 
" Penghulu segala lauk pauk kamu  ialah garam .Hadis riwayat Ibnu Majah
" Tiadalah akan baik makanan itu melainkan dengan garam "Hadis riwayat Al - Bazzar.
Garam Sunnah dan pengamalanya.* Ambil secubit garam sunnah mengikut panduan yang diberikan . Guna ibu  jari dan jari teliunjuk, diikuti jari manis , jari kelingking  dan jari  telunjuk semula untuk mengambil secubit garam ( 4 X ). Kalau boleh  jangan campur dengan orang lain . Kalau anda mencubit garam itu dari  bekasnya . Ia khas untuk anda sahaja . Berkaitan dengan sistem  penghadaman dan energy anda. Kalau perlu asingkan dari bekasnya. Amal  sebelum dan selepas makan dapat hindari 330 jenis penyakit paling kurang  , kusta , gila, sakit gigi, keracunan, sakit kepala ,melancarkan sistem  penghadaman secara semulajadi dan selebihnya hanya ALLAH S.W.T yang  mengetahui ( cara perubatan Rasulullah SA.W ).
* Minum air mineral pada kadar PH 7 atau 7.4 jangan lebih dari ph 14  atau kurang dari PH 7. Air yang paling terbaik adalah air zam-zam. Minum  air sekurang-kurangnya 3 liter . Tidak kurang 8 gelas sehari . Jangan  minum the atau kopi atau nescafe kerana ia akan membatalkan khasiat  garam. Minum the herba sahaja . Lagi kopi garam bukit boleh diminum.
Cara lain - Ambil satu sudu kecil teh garam sunnah cairkan dan minum  dalam keadaan perut kosong .Kemudian minum air mineral sebanyak  banyaknya 2 hingga 3 liter padu air sepanjang hari.
Merawat dan mematikan jerawat dalam masa 1 hari sahaja : Makan 4 cubit  garam ikut arahan pada kotak dan ambil sesudu kecil teh letak dalam  tapak tangan titis air dan tenyeh pada tapak tangan dengan air sedikit  pastikan sebahagian garam cair dan sebahagian tak cair .Sapukan pada  muka seperti bedak sejuk . Basuh selepas 20 minit . Atau malam-malam  lepas sapu tidur sampaikeesokan harinya . Baca selawat dan niat untuk  mematikan kuman jerawat . Selamat mencuba !
Nota: Untuk merawat kanak-kanak memadai ikut cubitan  jari tangan mereka  . Ia bagus untuk meningkatkan sistem imun kanak-kanak . Jangan melebihi  sukatan kerana garam ini mengandungi ion tenaga yang amat tinggi . ( di  proses bukan menggunakan besi )
Untuk wanita mengandung tidak digalakkan ambil garam sunnah . Rujuk dan  ikut nasihat doktor sepanjang tempoh kehamilan . Garam biasa ( garam  premium halagel/HPA boleh )
Gunakanlah Garam Bukit HPA! Lebih berkhasiat, lebih tulen dan lebih  bersih..Cuma RM2 sepeket dan dapat o.25 Nilai Mata kepada pengedar HPA.Dapatkan segera di semua cawangan Hpa yang berhampiran atau melalui  mana-mana AGEN STOK HPA.
/